Saturday 14 April 2012

MAKSUD TEKNOLOGI



Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia.
Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadget menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Namun, rekaan lama seperti tayar masih menunjukkan teknologi.
Maksud yang kedua digunakan dalam bidang ekonomi, yang mana teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah.
Takrifan teknologi yang diguna pakai di sekolah-sekolah dan institusi-insitusi pengajian tinggi di Malaysia ialah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.


                                      Teknologi merupakan sebahagian kehidupan yang kita alami

"Secara umum dari segi bahasa, teknologi adalah bagaimana manusia mengubah dunia semulajadi yang sesuai dengan tujuan mereka sendiri. Dari Yunani Teche bermaksud seni atau tipu daya , harfiah bermaksud teknologi perbuatan membuat atau pengukiran, tetapi secara umum ia merujuk kepada koleksi pelbagai proses dan pengetahuan yang digunakan orang untuk melanjutkan kebolehan menusia dan untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia".


(Petikan dari Piawaian untuk Literasi Teknologi, ITEA, 2000) 

No comments:

Post a Comment